Wednesday, 6 May 2020

"Life is flexible. It's gonna be too many possibility"

Nak mulakan sesuatu tu memang mula-mula sahaja biasanya akan semangat. Lama-kelamaan semangat boleh luntur. Sebab tu nak mulakan sesuatu ni bukan perlukan semangat sahaja, pelu juga cari pembakar semangat. Boleh jadi orang sekeliling, boleh jadi musuh terdekat, boleh jadi kawan terapat. Find your own. 

Tapi ada orang cakap, "kalau kita nak sesuatu tu mesti kita tetap akan buat. takkan ada alasan" ya itu pon betul but don't fight me kita nak sesuatu mesti sebab berlakunya sesuatu right ?
So tak semestinya yang bagi kita semangat ni insan, boleh jadi yang bagi semangat tu kejadian.

A simple example from me, situasinya macam ni. Seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaan percubaanya.
it's gonna be 2 possibility. First, pelajar tersebut semakin bersemangat untuk lakukan lebih baik untuk peperiksaan sebenar kerana sendiri tak mahu gagal seperti percubaan yang lepas. Sebab dia tahu betapa pentingnya peperiksaan tersebut.
Second, pelajar tersebut lebih bersemangat kerana orang sekeliling memberi semangat kepadanya. Tak kira ibu ayah dia, kawan-kawan terdekat dia dan cikgu dia mungkin. So dia bersemangat untuk peperiksaan sebenar kerana adanya pemberi semangat.
Berbeza dengan contoh yang pertama, dia sendiri bersemangat selepas kegagalannya dalam erti kata lain ianya kejadian.

Last but not least from me, "life is flexible. It's gonna be too many possibility"

Friday, 3 January 2020

3 Tahun Baru

Berhenti kata kalau
Jika tak mahu galau
Berhenti kata nanti
Jika tak mahu mati
Berhenti kata sudah
Jika tak mahu kalah 

Thursday, 2 January 2020

Sempurna

Kita cari 1 
Kita kata kurang
Kita dibagi 2
Kita ngadu lebih
Kita dibagi apa perlu
Kita minta apa kita mahu
Sebenarnya apa ye kita punya nawaitu 

Kalau dari dalam hati dah kerjanya cari yang sempurna memang sampai kesudah masih buat kerja tu.